|
Assalamualaikum
Dear Djoko Luknanto,
Sila berikan saya dalil-dalil yang nabi adalah ummi (buta huruf).
Karena seorang sahabat mengemail saya perkara di bawah ini.
Wassalam
M.Syah[m_syah_07@yahoo.com]
Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh
para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan
kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad,
"Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai
membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh
hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke
hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat
didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi
bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang
mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa ajaran
mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat
besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan
berbunyi:
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy
seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
Ummiy
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah
kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad
difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan
karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di
Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah
ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan
jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai
bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang
yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia
juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui
beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab.
Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang
Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum
menerima Kitab Allah.
Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang
menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang
yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum
diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu
mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan
mengembalikannya kepada kamu; dan antara mereka ada yang,
jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak akan
mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri
di atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata,
'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy
(yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka
berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang
Yahudi (ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada
orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta
Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap
orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang
disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang
mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi
hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi
al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi
Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta
huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak
tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam
al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang
mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca
ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya.
Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang
dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka
cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan
apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'"
(6:151)
"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu
umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk
membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu ...."
(13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan,
untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia
berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu
penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah
Pemelihara tanah ini, yang Dia menjadikannya suci;
kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya
menjadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk membaca
al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk
menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk
membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa
yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada
ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati
membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di
rumah-rumah mereka.
Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai
membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya
kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad.
Dua ayat yang berikut menjelaskannya:
"Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau
dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila
mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan
penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah
rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu
sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara
kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan
hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang
Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk
membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa
seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia
menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat
membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama
Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)
Menulis
Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi
pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis.
Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang yang
tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu
kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada
waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan
sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk
mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada
ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir
Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang
berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar
dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh
Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya
pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya"
ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan,
mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang
kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan
sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk
menghapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang
dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca
dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca
sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu;
jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang
palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis
sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud,
selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan
menulis Kitab dengan tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa
baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain
daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca
dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan
perdagangannya).
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka
terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama
palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka menyiarkan
sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau
buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan berbuat
demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah
orang-orang yang paling mengasihinya.
Tanggapan 1
Assalamu'alaikum wr. wb.,
Rasulullah SAW menyatakan dirinya tidak bisa membaca
ketika bertemu Jibril pertama kali yang meminta beliau untuk
membaca lembaran yang dibawanya.
"Tatkala ia sedang dalam keadaan tidur dalam gua
itu, ketika itulah datang malaikat membawa sehelai
lembaran seraya berkata kepadanya: "Bacalah!" Dengan
terkejut Muhammad menjawab: "Saya tak dapat membaca". Ia
merasa seolah malaikat itu mencekiknya, kemudian
dilepaskan lagi seraya katanya lagi: "Bacalah!" Masih
dalam ketakutan akan dicekik lagi Muhammad menjawab: "Apa
yang akan saya baca." Seterusnya malaikat itu berkata:
"Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan.
Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan
Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan Pena.
Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya
..." (Qur'an 96:1-5) (Haekal)
Rasulullah Muhammad SAW juga menyatakan dirinya dan
kaumnya "ummiy" dengan penegasan maksudnya "tidak menulis
dan tidak menghisab" terdapat dalam hadits riwayat Bukhari,
Muslim, Abu Dawud, dan Ibnu Umar "Nahnu ummatun ummiyyatun
laa naktubu walaa nahsubu" (Kami ummat yang ummiy, tidak
menulis dan tidak menghitung).
Hadits ini bisa menjelaskan makna "ummiy" pada QS. 7:157
("... orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummiy...")
memang berarti buta huruf. Sejarah hidup Rasulullah juga
mengisyaratkan Rasulullah SAW tidak belajar membaca dan
menulis, karena hidup bersama kakek dan pamannya bukan hidup
yang berkecukupan sehingga waktunya habis untuk bekerja.
Ahli sastra yang ada pada masa itu, saya kira, hanya kaum
elit yang jumlahnya tidak terlalu banyak. Sastra lisan
mungkin sangat maju, tetapi sastra tulis belum tentu. Setahu
saya, bangsa Cina salah satu (atau satu-satunya) bangsa yang
punya kebudayaan tulis sejak dahulu yang dikenal maju
sehingga ada hadits "Tuntutlah ilmu walau di negeri Cina".
(Catatan admin: tentang hadits ini silakan baca
uraian penting di sini)
"Ummiy" tidak berarti bodoh, sehingga memaknai "ummiy"
sebagai buta huruf tidak akan merendahkan kemuliaan
Rasulullah. Salah satu sifat Rasul adalah cerdas (fathonah).
Nabi Muhammad SAW "ummiy" bisa jadi Allah yang mengaturnya,
agar Al-quran yang dibawanya tidak menimbulkan keraguan
sebagai tiruan kitab-kitab sebelumnya.
"Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al
Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis
suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah
membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang
mengingkari(mu). Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah
ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang
diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat
Kami kecuali orang-orang yang zalim" (QS 29:48-49)
Wassalamu'alaikum wr. wb.,
T. Djamaluddin [t_djamal@hotmail.com]
Tanggapan 2
BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM
Nabi Muhammad SAW Tidak mengenal Huruf
Fa Jaahu lMalaku fa Qaala Iqra' Qaala Maa Ana
biQaariy Qaala fa Akhadzaniy
faGhaththaniy Hatta- Balagha Minni lJahdu tsumma
Arsalaniy fa Qaala Iqra'
Qultu Maa Ana biQaariy Qaala fa Akhadzaniy faGhaththani
Tstsaaniyata Hatta-
Balagha Minni lJahdu tsumma Arsalaniy fa Qaala Iqra'
Qultu Maa Ana biQaariy
Qaala fa Akhadzaniy faGhaththani Tstsaalitsata Hatta-
Balagha Minni lJahdu
tsumma Arsalaniy fa Qaala Iqra' Bismi Rabbika Alladziy
Khalaqa lInsa-na min
'Alaqi Iqra' wa Rabbuka lAkramu (Rawahu Bukhaariy).
Artinya:
Malaikat (Jibril) datang kepadanya (Nabi) lalu
katanya: "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak pandai
membaca". Berkata (Nabi selanjutnya mencritakan) aku
ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian
aku dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca). Maka
berkata (Jibril): "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak
pandai membaca". Aku ditarik dan dipeluknya untuk kedua
kalinya, sehingga aku kepayahan. Kemudian aku
dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca) Maka berkata
(Jibril): "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak pandai
membaca". Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga
kalinya, sehingga aku kepayahan. Kemudian aku
dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca). Maka berkata
(Jibril): Iqra' Bismi Rabbika Lladziy Khalaqa . Khalaqa
lInsa-na min 'Alaqin . Iqra' wa Rabbuka lAkramu
(diriwayatkan oleh Bukhari)
Shahih Bukhari di atas itu menunjukkan bahwa Nabi
Muhammad SAW tidak dapat membaca (Nabi 3 kali disuruh
membaca, 3 kali menyatakan tidak dapat membaca)
Perhatikan ayat-ayat di bawah ini:
WaTlu 'Alayhim Naba Bnay A-dama bi lHaqqi (S.
alMaaidah, 5:27),
artinya:
Dan tuturkan kepada mereka informasi tentang dua
orang anak Adam dengan sebenarnya.
Bacalah (hai Muhammad) kepada mereka perkabaran dua orang
anak Adam (Habil dan Qabil) dengan sebenarnya.
[terjemahan Mahmud Yunus].
And relate to them the story of the two sons of Adam
with truth
En vertel naar waarheid het verhaal van de twee zonen van
Adam
En verhaal hun de geschidenis van de twee zonen van
Adam
Tlu (alif, ta, lam), alif dituliskan tetapi tidak
disebutkan, berarti tuturkan, ceritakan, informasikan,
relate, vertel, verhaal. Sebenarnya terjemahan Mahmud Yunus
dalam RASA BAHASA Indonesia tidak salah, oleh karena dalam
bahasa Indonesia membaca itu tidak mesti dari tulisan. Biasa
bukan kita dengar ungkapan "membaca" Al Fatihah dalam
shalat, membaca do'a, orang buta membaca ayat. Jadi
terjemahan "Bacalah (hai Muhammad) kepada mereka", tidaklah
selalu dalam ma'na membaca dari sebuah tulisan, melainkan
dapat pula membaca dari ingatan. Jadi terjemahan Mahmud
Yunus dalam bahasa Indonesia dari ayat [5:27], tidak
boleh dijadikan dalil bahwa Nabi Muhammad SAW dapat membaca
huruf. Maka hendaklah orang hati-hati dalam memahamkan ayat
Al Quran, haruslah bukan dari terjemahan, melainkan harus
dikaji dalam bahasa aslinya yaitu Quranun 'Arabiyyun, bahasa
Arab Al Quran.
Di bawah dikemukakan pula sejumlah ayat di mana Mahmud
Yunus menterjemahkan (alif, ta, lam) dengan membaca. Satu
ayat alifnya dibaca: Atlu, lima ayat hanya dituliskan alif
tetapi tidak dibaca: Tlu, karena didepannya ada Wa dan
Fa.
Qul Ta'aalaw Atlu Maa Harrama Rabbukum 'Alaykum
(S. alAn'aam, 6:151),
katakan (hai Muhammad) marilah kamu aku tuturkan apa-apa
yang diharamkan Maha Pengaturmu.
WaTlu 'Alayhim Nabaa Nuwhin (S. Yuwnus, 10: 71).
Dan tuturkan kepada mereka pekabaran mengenai Nuh.
WaTlu Maa Uwhiya Ilayka (.S. alKahf, 18: 27, S.
al'Ankabuwt, 29:45),
Dan tuturkan apa yang Kuwahyukan kepadamu.
WaTlu 'Alayhim Nabaa Ibra-hiyma (S. asySyu'araa',
26:69).
Dan tuturkan kepada mereka pekabaran mengenai Ibrahim
WaLla-hu a'lamu bishshawab.
[H.Muh Nur Abdurrahman]
Beberapa artikel tentang Nabi Ummi sebagai pembanding dari
artikel di atas dapat diperoleh di
|